Siakap Keli

(Video) “Pak Maun Pun Kalah Dik”, Viral Aksi Cilik Gelek, Budak Baju Ungu Paling Curi Tumpuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Lucu, pecah gelak tatkala melihat aksi seorang kanak-kanak yang mengenakan pakaian tradisional bewarna warni sedang menari bersama kawan-kawannya di dalam satu majlis yang di anjurkan oleh pihak sekolah.

Majlis yang dianjurkan itu juga turut dihadiri oleh ibu bapa. Kelihatan ramai yang sedang menyaksikan tarian tersebut sambil bergelak ketawa. Hal-hal seperti ini mungkin dapat mengurangkan tekanan ibu bapa yang telah penat bekerja.

Menurut satu rakaman video berdurasi 2 minit 17 saat di laman facebook Suraya Zaki yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berjoget bersama rakan-rakannya dengan memakai pakaian tradisional pelbagai warna.

Rakaman video berkenaan telah mencecah lebih 490 ribu tontonan yang mana rata-rata terhibur dengan aksi yang tunjukkan oleh seorang kanak-kanak dalam video berkenaan.

Acik minta maaf.. Acik tergelak dik hahahahahhAduiii xleh blah, sakit perut 😂😂😂😂Baju purple tu betul2 buat acik terhibur, ewahhhh sbelah kaki je hahahaha

Posted by Suraya Zaki on Friday, 6 December 2019

Aksi seorang kanak-kanak lelaki berkenaan yang menari dengan cara tersendiri telah menghiburkan orang ramai bukan sahaja yang datang ke majlis tersebut, namun dia juga turut menghiburkan hati netizen yang menonton video tersebut.

“Terhibur akak adik-adik oi”

“Semput aku gelak. Yang purple tu kenapa? Gout ke? Terhibur betul.”

” Aduhai.. ni gaya PAK MAUN pun kalah dik.. hahaha”

Sumber: Suraya Zaki

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.