Sekali lagi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui akaun Twitter miliknya mencuri tumpuan ramai.
Melalui tweet terbaru di Twitter @cheminahsayang, Permasuri Agong telah berkongsikan rakaman anakandanya yang sedang berkawad.
Melalui perkongsian tersebut, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dilihat sedang menjalani kawad kaki dan ianya dirakam oleh Raja Permaisuri Agong.
my proudest moment … to see my beloved Hassanal s soveriegn parade … pic.twitter.com/pNZiTGxJ3O
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 13, 2019
“My son, look at his mother”
Menerusi tweet yang lain, Raja Permaisuri Agong menggelar anakandanya itu sebagai pegawai, budiman dan juga seorang Putera. Menerusi tweet itu juga, dia turut berkongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan puteranya sedang berada dalam barisan.
my beloved son Hassanal I rahim Alam Shah …. an officer, a gentleman and a Prince ! alhamdulillah pic.twitter.com/bYN93By3fL
— Tunku Azizah Mahmood Iskandar (@cheminahsayang) December 13, 2019
Kedua-dua tweet berkenaan telah menarik perhatian ramai warga Twitter yang menurunkan pelbagai komen. Malah, ada yang terhibur melihat sedikit sedutan yang memaparkan Tuanku Agong. Tidak terkecuali, ada yang turut mengucapkan tahniah kepada putera raja itu yang telah menamatkan kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom.
“Alhamdulillah, tahniah! Daulat Tuanku”
“Alhamdulillah tahniah tunaku dan Tengku Hassanal”
“Bangganya tengok..Tahniah dan syabas pada Tuanku dan keluarga”
Sumber: Tunku Azizah Mahmood Iskandar