Foto: Facebook Ebit Lew

(Video) “Saya Teringin Nak Mak Depan Saya, Nak Peluk Dia, Nak Cium Dia” – Ebit Lew

Sayangilah ibu dan ayah kita selagi hayat mereka masih ada, tiada yang lebih bermakna selain daripada sayang anak kepada mereka.

Seperti luahan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew ketika memberi cermaah di majlisnya mengundang sebak kepada penonton.

Video berdurasi lebih 7 minit itu sangat menikam dikalbu tentang pengorbanan seorang wanita yang bernama ibu. Ibu adalah segalanya, tanpa ibu siapalah kita.

Saya rindu mak saya. Sangat rindu. Subhanallah kekuatan dan kemuliaan seorang wanita. Ya Allah terima kasih pinjamkan mak ini dalam hidup ini. Ya Allah jika ada pahala kebaikan atas dakwah ini saya hadiahkan buat arwah mak saya.

Selalu teringat senyuman mak. Rindu sangat. Senyuman tu bila teringat hilang penat letih dan sedih dalam dakwah ini.

Syukur ya Allah. Terima kaseh ya Allah atas kurniamu ini.

EMAK.

Saya rindu mak saya. Sangat rindu. Subhanallah kekuatan dan kemuliaan seorang wanita. Ya Allah terima kaseh pinjamkan mak ini dalam hidup ini. Ya Allah jika ada pahala kebaikan atas dakwah ini saya hadiahkan buat arwah mak saya.Selalu teringat senyuman mak. Rindu sangat. Senyuman tu bila teringat hilang penat letih dan sedih dalam dakwah ini.Syukur ya Allah. Terima kaseh ya Allah atas kurniamu ini.Pohon doakan Keluarga Sunnah #PerbaikiDiri 9Feb2020 di MAEPS Serdang. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Daftar di : Online : https://transformjiwa.com/events/selangorWhatsapp : wasap.my/60173666848/Ks2020

Posted by Ebit Lew on Thursday, 12 December 2019

Ketika saya mula berdakwah, mak akan doa untuk saya. Satu hari saya nak balik sebab mak sakit. Tapi mak kata sebaliknya. 

Ebit kalau balik anak derhaka, mak tak maafkan Ebit. Nak, dulu kita sesat ada orang sayang kita, sekarang giliran kita untuk sayang orang lain. 

Saya teringin nak mak depan saya, saya nak peluk dia, nak cium dia. Saya rindu dia. 

Setiap malam saya berdakwah, saya doa hidayat panjangkan usia mak saya.

Satu hari, ada panggilan untuk Ustaz datang ke hospital kerana maknya tenat. Walaupun begitu dimulut sentiasa berdoa untuk kesembuhan kesihatan maknya. Allah maha kuasa, Allah ambil maknya untuk selama-lamanya.

Kepada semua yang masih ada mak, hargailah mereka. Jangan sesekali menengking memarahi mereka. Andainya Allah ambil nyawa mak kita, waktu itu, sudah tiada apa-apa lagi. Hanya merindui saat-saat dulu bersama.

Saya tahu awak semua anak-anak yang baik, cantik, sempurna. Saya tak nak awak terlepas macam saya. Sekarang kalau saya bangun, saya akan cari suara mak saya. Rasanya sangat sakit. Baik ini bukan daripada saya, baik ini untuk mak saya. 

Sumber: Ebit Lew

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my