Siakap Keli

(Video) Selalu Dengar Benda Bergerak Dalam Telinga, Lelaki Terkejut Rupanya Labah-Labah Dah Bersarang

Seorang lelaki daripada China sering mengadu mendengar sesuatu bergerak dan suara bergema di dalam telinganya sejak beberapa tahun lalu.

Doktor yang merawat lelaki ini, Dr. Chu Shulin daripada Dalian Central Hospital pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah beliau memasukkan kamera ke dalam telinga lelaki berusia 60 tahun itu.

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia mengesyaki bahawa serangga mungkin merangkak ke telinganya dan berasa gatal di dalam telinganya apabila waktu tidur.

Dr. Chu terkejut apabila menemui sawang labah-labah dalam telinga lelaki itu dengan kedalaman lima sentimeter yang menghalang gegendang telinganya.

Selepas dicuci dan dibuang serangga tersebut, hasil pemeriksaan mendapati telinga lelaki itu masih dalam keadaan baik dan tidak rosak.

https://www.youtube.com/watch?v=XJCG2iz4HE0&feature=emb_logo

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)