Siakap Keli
Sumber: Facebook/Orang Kota Tinggi

Met Malaysia Amaran Cuaca Bahaya ‘Merah’ Sehingga Esok, Kota Tinggi & Mersing Dilapor Terputus Hubungan

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya yang melibatkan negeri Johor manakala negeri Pahang serta beberapa kawasan di negeri Johor pula cuaca buruk bakal diramalkan berlaku.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kawasan yang dijangkakan terlibat dengan amaran diklasifikan cuaca bahaya sehingga esok (15 Disember 2019) ini adalah Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Bagi negeri yang diramalkan terlibat dengan amaran cuaca yang diklasifikasikan sebagai buruk sehingga esok (15 Disember 2019) pula merangkumi kawasan Rompin (Pahang), Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor bahru (Johor).

Untuk kawasan yang diletakkan dalam amaran cuaca waspada sehingga esok (15 Disember 2019) pula ialah Pekan (Pahang) dan Tangkak (Johor).

Orang ramai yang berada di kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Dalam pada itu, kawasan Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan telah dilanda banjir berikutan hujan lebat yang turun di kawasan berkenaan hari ini.

Gambar: Bernama

Kira-kira 45 keluarga di kawasan tersebut terpaksa dipindahkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) akibat daripada banjir yang berlaku di negeri itu.

Difahamkan, kawasan terjejas yang dilaporkan meliputi daerah Mersing ialah Kampung Tenglu, Kampung Sri Lumpur, Kampung Air Papan, Kampung Sungai Padang dan Kampung Air Tawar.

Posted by Orang Kota – Tinggi on Monday, 9 December 2019

Sementara itu, kawasan yang terjejas di Kota Tinggi pula dilaporkan berlaku di Kampung Bukit dan Kampung Tengah.

Pelbagai agensi kerajaan telah dikerahkan untuk membuat pemantauan secara berterusan di kedua-dua daerah tersebut antaranya ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Memetik laporan Sinar Harian pula, 9 jalan di Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.

Posted by Orang Kota – Tinggi on Monday, 9 December 2019

Beberapa Laluan antaranya Tenggaroh 3/Kota Tinggi/Mawai/Sedili di Jalan Dalam termasuk Jalan Endau Batu 12 Rompin masih ditutup bagi semua kenderaan akibat kejadian berkenaan.

Manakala 3 jalan lain yang turut ditutup adalah Jalan Batu 18, Jalan Pasir Logok-Ladang Bukit Kelompok dan Ladang Bukit payung di Tenggagroh berdekatan Kampung Tunjuk Laut.

Jalan Tenggaroh Kota Tinggi, Simpang PLKN dan Mersing Endau dekat Sungai Ambat boleh dilalui kenderaan berat.

Sumber: Bernama/Jabatan Meteorologi Malaysia, Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.