Siakap Keli

Kantoi Tipu Kematian Selama 7 Tahun, Cikgu Ini Kumpul Duit Ratusan Ribu Walau Tak Lagi Mengajar

Seorang guru wanita di Indonesia didakwa berjaya mengumpul kekayaan berjumlah Rp 435 juta dengan berpura-pura mati selama 7 tahun.

Menurut laporan Sosok.Id, suspek yang menganjar di SD Nomor 027144 Kelurahan Damai, Binjai Demseria Simbolon telah memalsukan sijil matinya dan terus dibayar gaji bulanan walaupun tidak lagi mengajar.

Dia dilaporkan melakukan jenayah tersebut sejak Januari 2011 sehingga Ogos 2018. Bermula dari tempoh berkenaan, suspek yang tidak lagi mengajar tetap dibayar gaji oleh kerajaan.

Selain dibayar gaji, suspek dan suaminya turut membuat tuntutan palsu berhubung kematian cikgu berkenaan sebagai pampasan yang bernilai Rp 62 juta.

Atas jenayah tersebut, suspek kini berdepan dengan hukuman penjara satu tahun dan denda sehingga Rp 1 miliar.

Sumber: Sosok Id.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.