Siakap Keli

Makan Ulam Petai Didapati Dapat Bantu Perokok Berhenti Merokok – KAJIAN

Petai dan busuk memang tidak dapat dipisahkan. Namun ramai sahaja yang gemar makan petai. Petai merupakan sejenis makanan yang boleh menyebabkan anda mengeluarkan bau yang agak kuat.

Walaupun bau yang dikeluarkan agak kurang enak, namun banyak khasiat yang diperolehi apabila anda seorang yang gemar makan petai ini. Tahukah anda petai mempunyai khasiat yang bagus untuk kesihatan?

Kredit Foto: freepik

Menurut Health Benefits Time, penyelidik mendapati antara khasiat yang diperolehi daripada petai:

1.Kurangkan stress

Potassium adalah mineral penting yang akan membantu menstabilkan denyutan jantung, menghantar oksigen ke  otak dan juga mengurus keseimbangan air tubuh manusia.

Apabila anda dalam keadaan cemas, kadar metabolisme akan meningkat. Oleh itu kandungan ini boleh menurunkan dan menyeimbangkan kandungan potassium dalam badan anda.

2.Menghalang serangan strok

Menurut penyelidikan melalui New England Journal of Medicine pengambilan petai yang kerap mampu mencegah anda daripada serangan strok.

3. Membantu korang berhenti merokok

Mesti korang tak percaya kan? Ya, petai juga boleh membantu individu yang cuba berhenti merokok. Kandungan B6, B12 bersama-sama dengan potassium dan magnesium yang terdapat dalam petai tersebut dapat membantu mengurangkan nafsu korang untuk merokok.

4. Membantu membaiki sistem penghadaman

Petai juga mengandungi serat yang banyak. Serat sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. Bagi sesiapa yang sering mengalami masalah pencernaan seperti sembelit, makan petai dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Sumber: healthbenefitstimes

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.