Siakap Keli

Pemandu Myvi Biru Dalam Video Viral Semalam Disahkan Positif Dadah

Berhubung dengan isu pemandu kereta Myvi  biru yang tular di laman sosial sejak semalam telah ditahan dan  disahkan positif dadah.

Tangkapan semula telah dibuat oleh anggota peronda polis selepas ditahan oleh orang awam semalam di jalan Brunei  pada jam 5.20 petang Jumaat kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah.

Suspek telah dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, suspek didapati positif dadah jenis Methamphatamine dan Amphetamine setelah ujian air kencing dilakukan keatas suspek.

Namun begitu, mangsa samun, seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) masih belum tampil memberikan sebarang keterangan dan laporan polis berhubung dengan kejadian berkenaan.

Insiden yang berlaku di Jalan Pudu ini turut memaparkan pemandu tersebut melanggar kenderaan lain ketika dikejar oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Menurut seorang saksi yang juga perakam video berkenaan mendakwa suspek telah menolak seorang lelaki OKU melalui pintu sebelah kirinya setelah disamun di Jalan Changkat, Bukit Bintang.

Saksi kemudiannya telah mengejar suspek dan suspek berjaya ditahan oleh orang awam.

Sumber: Awani

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.