Siakap Keli

(Video) Hampir 5 Juta Tontonan, Ibu Tergamam Jumpa Wajah Bayi Persis Muka Anak

Mesti ramai yang pernah mendengar terdapat 7 orang di dunia ini yang mempunyai wajah yang sama atau hampir sama dengan kita. Mereka bukanlah adik-beradik mahu pun saudara-mara yang mempunyai ikatan, tapi memang dijadikan seiras dengan muka kita.

Namun, kesahihannya tidak dapat dibuktikan. Jika bertuah, mungkin anda dapat melihat atau terserempak dengan mereka yang memiliki wajah yang sama seakan anda, seperti dua kanak-kanak ini.

”Kedua-dua kanak-kanak dengan wajah hampir sama”

Dalam satu video yang tular di sosial media baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik satu rakaman di laman Twitter di mana kedua-dua kanak-kanak berjumpa di pasaraya dengan mempunyai wajah yang seiras.

Menurut sumber, mereka berdua dikatakan tidak mempunyai pertalian dan lebih mengejutkan berkongsi tarikh lahir yang sama dan turut tinggal berdekatan kawasan sekitar.

Menerusi video ringkas berdurasi 14 saat itu, kelihatan individu yang merakam video tersebut menunjukkan wajah kanak-kanak tersebut secara dekat sebelum tidak mempercayainya kerana mereka kelihatan seperti kembar seiras.

Walau tidak memakai baju yang sama, tetapi wajah, rambut, renungan serta saiz mereka hampir sama kesemuanya! Mungkin benarlah di dunia ini terdapat tujuh orang yang mempunyai muka yang seiras kan?

Tonton video di bawah ini :

 

Ramai yang membuat pelbagai spekulasi

Disebabkan itu, posting tersebut telah mendapat hampir lima juta tontonan oleh para netizen, hanya dalam tempoh sehari dimuat naik. Wow.

Ramai yang membuat pelbagai andaian dan spekulasi bahawa terdapat kisah ‘tersembunyi’ di sebalik wajah sama kedua-dua kanak-kanak ini.

Periksa rekod kelahiran mungkin tertukar

Mungkin nenek ada menyimpan rahsia 

Ibu mereka adalah madu dan tidak mengetahuinya

Nampak jelas mereka mempunyai ayah yang sama

Mungkin kedua-dua mereka adalah insan bertuah yang mempunyai wajah seiras dan secara kebetulan berjumpa atau sebenarnya mempunyai ikatan? Setakat ini tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku.

Sumber : @GetEmEasy

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra