Siakap Keli

(Video) Mesin Tiba-Tiba Hidup, Kucing Nyaris Tersepit Guna ”Electronic Litter Box”

Setiap orang yang membela kucing di rumah pastinya akan menghadapi masalah seperti kucing kesayangan anda membuang di merata-rata tempat.

Untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, pelbagai inisiatif pastinya dilakukan antaranya ialah menyediakan bekas yang diisi dengan pasir untuk kegunaan kucing kesayangan kita melepaskan ‘hajat’ mereka.

Dalam era moden ini, pelbagai teknologi moden telah dihasilkan bagi memudahkan urusan seharian kita. Ini termasuklah penciptaan teknologi seperti bekas pasir kucing yang boleh membersih dengan sendirinya.

Sungguhpun begitu, bagi anda yang berniat untuk membelinya, anda perlu sentiasa berhati-hati dan memantau tindak tanduk kucing kesayangan anda kerana kejadian yang tak diingini mungkin boleh berlaku.

Satu video yang tular di media sosial Facebook memaparkan salah seekor kucing milik seorang lelaki dipercayai tersekat dalam bekas najis elektronik itu.

Ketika kejadian, kucing tersebut dipercayai sedang menggunakan alatan tersebut. Namun secara tiba-tiba, alatan tersebut secara automatiknya telah terpasang dan ianya menyebabkan kucing tersebut tersekat di dalamnya.

Beberapa ekor kucing lain yang berada di tempat kejadian terus bergegas ke arah mesin tersebut sambil mengiau seakan memanggil tuannya meminta tolong.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang dipercayai tuan kepada kucing-kucing tersebut muncul dan dengan pantasnya telah mengeluarkan kucing tersebut daripada mesin tersebut.

Keadaan kucing tersebut tidak dapat dipastikan. Namun menerusi video tersebut, kucing tersebut dipercayai tidak mengalami kecederaan.

Video yang berdurasi selama 1 minit 22 saat itu perlu dijadikan pengajaran untuk sesiapa yang memelihara kucing di rumah supaya lebih berhati-hati dan mengawasi tindak tanduk kucing kita agar kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kucing kesayangan kita.

Sumber: A Fortress Of Fur

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.