Siakap Keli
Gambar: Azrinaz Ahmad

“I Beat Stage 4 Cancer And End My Chemo”, Gadis Kongsi Kisah Inspirasi Jadi ‘Survivor’ Kanser

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanser merupakan salah satu penyakit yang paling digeruni oleh sesiapa sahaja. Menjadi salah satu daripada 10 penyebab kematian di seluruh dunia, kanser memerlukan rawatan secara berterusan sehinggalah pesakit disahkan bebas daripada serangan.

Pada usia yang amat muda, seorang gadis berusia 18 tahun, Azrinaz Ahmad baru-baru ini berkongsi pengalamannya berjuang menentang kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4 yang dihidapnya.

Sebulan 2 kali demam, peparu berair

Menurut Azrinaz, dia sering demam dan batuk berpanjangan yang tidak sembuh walaupun telah memakan ubat. Tak terhenti di situ, lehernya juga turut bengkak sehingga memerlukan ibu bapanya membawa gadis itu ke klinik untuk pemeriksaan.

Masukkan tiub buang air dalam peparu

Setelah mengetahui keadaan paru-parunya yang berair, doktor mengambil keputusan untuk membuang air yang ada dengan memasukkan tiub ke dalam dadanya.

Ada tumor dalam peparu dan leher

Selain bengkak di leher, Azrinaz juga dinasihatkan untuk menjalani biopsi setelah doktor mendapati gadis itu turut mempunyai tumor pada paru-parunya.

Ujian biopsi dilakukan untuk menentukan punca sesuatu penyakit dan sejauh mana ia telah merebak.

Hasil ujian itu, Azrina disahkan menghidap kanser tahap 4 berikutan sel kanser yang telah melarat ke paru-paru.

Jalani kemoterapi sebulan 2 kali

Lantaran itu, Azrinaz perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak dua kali sebulan.

Dah boleh berhenti ‘chemo’

Setelah 6 kali menjalani rawatan kemoterapi, doktor menyarankannya untuk membuat ujian imbasan PET bagi mengetahui perkembangan rawatan tersebut.

Menurut Azrina, tumornya mengecil dan kini dia disahkan tidak perlu lagi menjalankan rawatan itu. Walaubagaimanapun dia masih perlu menjalani pemeriksaan di hospital setiap tiga bulan.

Kanser boleh sembuh, positif

Selain menyarankan agar rajin membaca surah al-Fiil, Azrina turut berpesan kepada pesakit lain agar selalu positif.

Orang sekeliling juga amat memainkan peranan penting untuk menaikkan keyakinan dan semangat untuk sembuh.

Jaga pemakanan

Azrina turut mengajak orang ramai agar menjaga pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Akhir kalam, Azrina mendoakan mereka yang menghidap sebarang penyakit agar diberi kesembuhan.

Sumber: Azrinaz Ahmad

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.