Siakap Keli
Kredit: Google

Iphone 11 Masih ‘Panas’, Apple Dilapor Rancang Keluar 6 Model Baru Tahun Depan

Bagi penggemar iPhone, khabar ini mungkin menjadi berita gembira bagi anda – jika anda belum membeli iPhone 11.

Apple dijangkakan bakal mengeluarkan tujuh model telefon pintar terbaru di pasaran pada tahun hadapan iaitu enam model iPhone 12 dan iPhone SE.

Tiga daripada model berkenaan bakal mempunyai rangkaian 4G manakala tiga lagi akan dilengkapi rangkaian 5G.

Berdasarkan laporan Apple Insider, penganalisis menjangkakan model yang bakal dikeluarkan adalah seperti berikut;

  • iPhone 12 4G: skrin LCD 6.1 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 4G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro 5G: skrin OLED 5.4 inci, dwikamera
  • iPhone 12 Pro Plus 4G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera, Time-of-Flight 3D sensing capabilities
  • iPhone 12 Pro Plus 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF
  • iPhone 12 Pro Max 5G: skrin OLED 6.1 inci, trikamera dengan ToF

Kesemua model juga bakal didatangkan dengan pengecasan pantas tanpa wayar. Sementara itu, spesifikasi memori berkemungkinan besar akan tetap sama dengan model asas semasa manakala iPhone model 5G yang dijual pada harga lebih RM4,900 bakal mempunyai RAM dinamik yang telah dinaik taraf.

Sementara itu, iPhone SE yang ditunggu-tunggu bakal dilancarkan pada Mac tahun hadapan pada harga sekitar RM1,600.

Kredit: Daily Mail

Sumber: Forbes, Apple Insider, Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.