Siakap Keli

Jenama Bumiputera, Faith Fleur Menang Dua Anugerah Di Malam Anugerah Top Asia Pasifik

Siapa yang tidak kenal dengan produk kesihatan rambut keluaran bumiputera iaitu Faith Fleur.

Jenama Faith Fleur telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila telah dinobatkan anugerah TOP EXCELLENCE BRAND dan BEAUTY, SLIMMING & HAIR TRUSTED BRAND dalam majlis “The 18th Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2019” yang telah diadakan di Convention Centre, Berjaya Times Square pada 10 December 2019.

Pengasas produk kesihatan ini dulu yang hanya peniaga pasar malam kini berjaya menjadi jutawan dan berjaya meraih beberapa anugerah dalam bidang usahawan.

Faith Fleur merupakan sebuah jenama menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan rambut yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan. Antara produk yang ditawarkan ialah Faith Fleur Smoothing & Nourishing Shampoo yang mempunyai kelebihan mengurangkan keguguran rambut dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut.

Selain itu, produk ini juga dapat menghalang kulat kelemumur dari membiak serta rambut akan menjadi subur dan hitam.

Chief Executive Officer, Siti Maryam binti Abdul Samad bersama Chief Operation Officer, Mohamad Abdul Halim bin Bahadorisam

Tahniah Faith Fleur!

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)