Siakap Keli

Tak Sampai 24 Jam Dibuka, Taman Tasik Titiwangsa Didakwa Dicemari Sampah & Vandalisme

Taman Tasik Titiwangsa yang dibaik pulih dan dinaiktaraf selama hampir setahun telah dibuka secara rasminya kepada umum pada hari ini.

Namun begitu, seperti yang dijangka, Taman Tasik Titiwangsa ini dilaporkan telah dirosakkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Penolong Pengarah Kanan (Arkitek), Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan, DBKL,merangkap  Project Manager bagi pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Noor Fazlina Rosley, dia mendakwa bahawa baru sahaja 5 jam tasik tersebut dibuka, pelbagai kerosakan dan kesalahan yang dapat dilihat terdapat di kawasan riadah itu.

Antara kerosakan serta kesalahan yang didakwa dilakukan pengunjung adalah vandalisme di papan tanda, buang sampah merata-rata, penggunaan basikal melalui operator yang tidak berlesen, dan banyak lagi.

Seperti yang sedia maklum, Taman Tasik Titiwangsa ini mengambil masa hampir setahun untuk dibaik pulih serta dinaik taraf. Namun, kerana sikap golongan yang tidak bertanggungjawab ini, bagaimanakah keindahan taman ini hendak terjaga?

Orang ramai yang ingin berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa ini dinasihatkan supaya menjaga keindahan serta kemudahan yang disediakan supaya ianya boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.

Sumber: Noor Fazlina Rosley

Aqmal Ezany

I write what is right