Siakap Keli

(Video) Cubaan Bas & Lori Redah Banjir Gagal, Beberapa Jalan Ditutup Untuk Semua Kenderaan

Keadaan banjir di negeri Johor dilaporkan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang terkesan akibat daripada banjir tersebut dilaporkan meningkat secara mendadak kepada 3,835 orang pagi Ini.

Baru-baru ini, tular video yang dipercayai sebuah bas dan lori tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terperangkap di sebuah jalan yang ditenggelami dengan air.

Video yang berdurasi selama 13 saat itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Johor bertambah buruk.

Susulan daripada itu, beberapa buah jalan telah ditutup dan ada jalan yang tidak membenarkan kenderaan ringan melaluinya kerana khuatir jalan tersebut dinaiki air seterusnya memerangkap pengguna jalan tersebut.

Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, berikut adalah jalan-jalan yang dilaporkan boleh digunakan, ditutup dan tidak boleh digunakan oleh kenderaan:

JALAN PERSEKUTUAN

Jalan Kota Tinggi-Mersing
Masa: 7.50am (dikemaskini)
No. Laluan: FT003
Seksyen : 39
Lokasi/Landmark: Bypass
Kedalaman Paras Air: 0.20m
Status Laluan: Jalan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan

Jalan Kota Tinggi-Mersing
No. Laluan: FT003
Seksyen : 76
Lokasi/Landmark: Sungai Ara
Kedalaman Paras Air:
Status Laluan: Jalan ditutup

Jalan Kota Tinggi-Mersing
No. Laluan: FT003
Seksyen : 47
Lokasi/Landmark: LGM
Kedalaman Paras Air: 0.50m
Status Laluan: Jalan Ditutup

Jalan Kota Tinggi-Mersing
No. Laluan: FT003
Seksyen :45.6
Lokasi/Landmark: Area Bukit Samsu
Kedalaman Paras Air: 0.30m
Pjg banjir: 1km
Status Laluan: Jalan Ditutup

Jalan Kota Tinggi-Mersing
No. Laluan: FT003
Lokasi/Landmark: Warung Pantai Timur
Seksyen: 43.3
Kedalaman Paras Air: 0.1m
Status Laluan: Jalan Ditutup

Jalan Kota Tinggi – Mersing
No. Laluan: FT003
Seksyen: 71.4,70.1
Lokasi/Landmark: Risda
Panjang Kaw. Terlibat: 80m
Kedalaman Paras Air: 0.75m
Status Laluan: Jalan ditutup

Jalan Kota Tinggi – Kluang
No. Laluan: FT 091
Seksyen: 7.3
Lokasi/Landmark: Kampung Jawa
Kedalaman Paras Air: 0.25m
Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada kenderaan Ringan

Jalan Lok Heng/Mawai/Sg.Mas
No. Laluan: FT 099
Landmark:Sg. Semalok
Kedalaman paras air:0.35m
Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

Jalan Mawai – Tg. Sedili
No. Laluan: FT212
Seksyen:
Lokasi/Landmark: Sg. Gembut
Kedalaman Paras Air: 0.35m
Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

JALAN NEGERI

Lukut Cina
No. Laluan: J 175
Landmark: Taman Aman
Kedalaman paras air: 0.20m
Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan

Jalan Mawai Lama
No. Laluan: J 172
Landmark:
Kedalaman paras air: 0.30 – 0.60m
Status jalan: Jalan Ditutup

CERUN / CULVERT RUNTUH

Jalan Sg Mas – mawai
Masa: 3.30pagi (dikemaskini)
No. Laluan: Ft99
Seksyen: 37
Lokasi/Landmark: Selepas simpang Felda aping timur
Panjang Kaw. Terlibat: 35m x 4m x 3m
Kedalaman Paras Air: –
Status Laluan: Jalan boleh Dilalui

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya yang berada di Johor dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang dinaiki air kerana khuatir terperangkap dalam banjir tersebut seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right