Siakap Keli
Kredit Foto: instagram

(Video) Viral Kerana Badan ‘Gempal’ Sangat, Si Meow Kini Sibuk Misi Kuruskan Badan

Seekor kucing gemuk yang memiliki berat badan sebanyak 33 paun atau lebih tepat hampir kepada 15 KG telah mendapat perhatian di laman Instagram miliknya.

Kucing tersebut telah diberi nama Bronson telah mendapat tuang baru iaitu Mike Wilson dan teman wanitanya, Megan Hanneman setelah tuan asalnya meninggal dunia.

Menurut doktor haiwan yang merawat Bronson, memiliki berat badan seperti ini perlu dikawal dan dirawat kerana dia mungkin akan mendapat penyakit yang boleh menyebabkan mati.

Kini Mike dan Megan mempunyai misi terbaru untuk menurunkan berat badan Bronson supaya dia dapat menjalani kehidupan yang sihat selepas ini.

Bronson hanya diberi makanan yang berkhasiat dan rendah lemak sahaja. Jumlah kalori makanannya juga dihadkan kepada 375 kalori sehari sahaja.

Bronson juga sering diajak bermain untuk memastikannya melakukan sedikit aktiviti supaya boleh menurunkan berat badan selain daripada kawalan makanan yang diberikan.

View this post on Instagram

Bronson putting his thumbs to work. 👍

A post shared by I Am Bronson Cat (@iambronsoncat) on

Matlamat kini tuannya adalah untuk Bronson turunkan beratnya sebanyak satu paun (0.5 kg) dalam masa sebulan.

Hal ini supaya Bronson memiliki kesiahtan yang baik dalam kehidupannya.

Sehingga kini, Bronson telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 5kg. Kini beratnya 10kg sahaja.

Gambar terkini Bronson (Kredit Foto: instagram)

Sumber: instagram, boredpanda.com

Siti Natrah Jusof