Sejak beberapa hari lalu, hujan yang lebat tidak henti-henti turun telah menyebabkan sembilan daripada sepuluh daerah di negeri Johor terjejas serta jumlah mangsa yang terlibat juga dilaporkan meningkat.
Sekretariat Pengurusan Bencana negeri melaporkan sebanyak 93 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru, Kulai, Pontian, Batu Pahat, Segamat dan Muar telah dibuka setakat jam 8 pagi tadi.
Daerah Kluang mencatatkan PPS terbanyak iaitu 28, diikuti Segamat (23), Kota Tinggi (18), Mersing (10), Johor Bahru (lima), Pontian (tiga), Batu Pahat (tiga), Kulai (dua) dan satu PPS di Muar.
Walaubagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia masih mengekalkan amaran cuaca bahaya bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi, cuaca buruk bagi daerah Segama, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian manakala amaran cuaca waspada bagi Tangkak.
https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=494902228116518
Bagi anda yang berada dan terperangkap dikawasan banjir, boleh segera untuk menghubungi dan dapatkan bantuan daripada Sekretariat Pengurusan Bencana negeri masing-masing.
Sumber : Sinar Harian