Siakap Keli

Bayi Lapan Bulan Maut Jatuh Katil, Jumpa Tertonggeng Dalam Tong Sampah

Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai terjatuh daripada katil dalam keadaan tertonggeng ke dalam sebuah tong sampah.

Pengasuh menemui mangsa di dalam tong sampah di tepi katil di sebuah rumah di Jalan Pasir Pinji, Ipoh pada 6.15 petang semalam .

Menurut laporan, bayi tersebut baru sahaja pandai merangkak dan telah diasuh di rumah itu sejak berusia 30 hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, pengasuh meninggalkan mangsa yang sedang tidur di atas katil dikelilingi bantal tinggi sebagai benteng sejak jam 5 petang.

Pengasuh bagaimanapun ada menjenguk mangsa pada jam 5.30 petang namun mendapati mangsa masih berada dalam keadaan baik.

Pun begitu, kali kedua dilihat, mangsa sudah pun jatuh  dengan posisi kepala dalam tong sampah.

Hasil bedah siasat juga mendapati bahawa tiada sebarang kesan penderaan atau kesan lain pada tubuh bayi itu dan mangsa meninggal dunia kerana kelemasan.

Pengasuh terbabit juga telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Harian

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.