Jika sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan telah menghidapi penyakit apendisitis dan telah selamat jalani pembedahan. Pun begitu, ada saja kesalahan yang dicari oleh segelintir netizen terhadap menteri paling muda ini. Ekoran itu, Dr Amalina telah tampil menerusi laman Twitter miliknya untuk ‘back up’ Syed Saddiq
Dalam satu perkongsian di ruangan Twitter, seorang individu ini telah mempertikaikan peralatan yang digunakan oleh Syed Saddiq ketika berehat.
Dakwa individu berkenaan, luka bagi pembedahan appendix tidak seharunya ditutup. Malah, wayar interkom untuk menghubungi jururawat pun tetap dipertikaikan.
Terkesan dengan isu berkenaan, Dr Amalina yang berpangkalan di United Kingdom tampil menjelaskan perkara sebenar.
“Saya minta maaf tapi saya perlu jelaskan sesuatu kerana pembedahan adalah kepakaran saya. Tidak ada yang salah dalam gambar ini. Luka apendisitis perlu ditutup untuk mencegah jangkitan luka. BP cuff ada di situ untuk memantau BP yang kebiasaannya 4 jam jika pesakit stabil”
Tiada yang salah dengan butang panggilan. Ianya untuk pesakit memanggil jururawat apabila memerlukan bantuan.
Appendicectomy laparoscopic merupakan salah satu operasi dalam pembedahan yang umum. Ia biasanya bermula dengan rasa sakit di bahagian tengah abdomen dan kemudian bergerak ke bahagia bawah sebelah kanan.
Selain pendedahan itu, Dr Amalina juga mendoakan agar Syed Saddiq kembali pulih dengan pantas. Ekoran itu, Syed Saddiq berterima kasih kepada Dr Amalina dan juga menyatakan bahawa beliau seorang yang menginspirasikan.
Rata-rata netizen turut menyokong Dr Amalina yang tampil ‘back up’ Syed Saddiq dalam isu ini.
Sumber: Dr Amalina