Siakap Keli

Nyalakan Rokok Lepas Sembur Penyegar Udara Dalam Kereta, Pemandu Nyaris Maut Kenderaan Meletup

Seorang pemandu nyaris maut selepas keretanya meletup yang dipercayai berpunca dari tindakannya yang menyalakan api rokok selepas menyembur penyegar udara di dalam kereta.

Dia dikatakan menggunakan jumlah aroma aerosol secara ‘berlebihan’ sebelum mencetuskan letupan tersebut, menurut ahli bomba.

Gas dari semburan itu bertukar menjadi letupan , selepas dia menghidupkan api untuk menyalakan rokok hingga ke pintu tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri dari kereta dan hanya mengalami cedera ringan.

Polis berkata kejadian yang berlaku di Halifax pada hari Sabtu itu “mungkin lebih teruk” dan memberi amaran kepada orang ramai untuk mengikuti nasihat keselamatan.

Pengendali  trafik berjaga tanpa henti di Fountain Street di bandar pada hari kejadian apabila letupan berlaku.

Ia sangat kuat menyebabkan kerosakan pada tingkap di premis perniagaan berhampiran.

Sumber : BBC

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.