Siakap Keli
Gambar : Bernama

Orang Ramai Diminta Patuhi Larangan Adakan Aktiviti Di Pantai Tok Bali

Pasir Puteh : Orang ramai diminta mematuhi larangan dengan tidak mengadakan sebarang bentuk aktiviti di pantai Tok Bali berikutan angin kencang dan laut sedang bergelora, sejak dua hari lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali Ahmed Mazdan Jusoh berkata, pihaknya telah memasang dua bendera merah berhampiran muara Tok Bali sebagai menandakan amaran bahaya kepada pengunjung sejak awal bulan ini.

”Malangnya masih ada lagi ibu bapa yang membawa keluarga bermain-main di pergigian pantai berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia memberi amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) yang membawa angin timur laut berkelajuan 60 kmsj. dengan ombak mencapai ketinggian lebih 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore sehingga hari ini yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai.

Ahmad Mazdan berkata, pihaknya memantau 24 jam di kawasan sepanjang dua kilometer di pantai berkenaan untuk memberi nasihat kepada pengunjung tentang kemungkinan risiko yang bakal mereka hadapi.

Beliau berkata, ini memandangkan ada yang lemas ketika mandi di pantai berkenaan, sebelum ini.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: