Siakap Keli

Polis Kesan 9 Individu Bantu Siasatan Kes Kematian Muhammad Adib

Menurut petikan berita tempat berkata, polis mengesan sembilan individu untuk siasatan kes kematian pegawai Bomba, Muhammad Adib.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua individu itu merupakan saksi di lokasi kejadian.

Katanya, pihak polis merakam 31 keterangan saksi termasuk polis, pakar perubatan dan saksi lain. Bahkan pihak mereka juga untuk Malaysian Medical Council untuk dapatkan laporan berhubung bedah siasat mangsa.

Terdahulu, Muhammad Adib menghempuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya.

Menurut sumber, sepanjang inkues bermula dari Februari lalu seramai 30 saksi dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti yang dikemukakan.

Sumber: Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)