Seramai 543 orang pekerja syarikat The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) akan diberhentikan. Menurut laporan, tempoh perkhidmatan para pekerja akan berakhir pada 12 Mac 2020.
Keputusan ini melibatkan wartawan dan jurugambar akhbar Berita Harian, Harian Metro serta New Straits Times (NST) yang akan menerima surat pada hari ini.
Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) juga terlibat dalam pemberhentian tersebut iaitu seramai 193 orang dan ini menjadikan hanya 143 ahli yang kekal daripada keseluruhannya, seramai 336 orang.
Menurut Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) NSTP, Farah Marshita Abdul Patah, angka tersebut bukanlah satu jumlah yang kecil kerana ramai di antara mereka yang terpaksa berkorban dalam memastikan kelangsungan syarikat.
NUJ NSTP juga berharap ini adalah pemberhentian terakhir yang akan dilakukan syarikat dan tiada lagi pekerja yang terpaksa berkorban.
Sumber: Sinar Harian