Siakap Keli

Terlalu ‘Khusyuk’ Main PUBG, Lelaki Maut Dipercayai Terminum Sabun Basuh Baju Disangka Air Minuman

Seorang lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia selepas tersilap mengambil minuman ‘detergen’ ketika khusyuk bermain permainan PUBG di telefon miliknya tanpa sedar telah tersalah mengambil minuman.

Ketika kejadian berlaku, lelaki itu dikatakan bersama rakanya untuk meluangkan masa bersama. Mereka menaiki keretapi ekspress dari Madhya Pradesh ke Agra, India.

Lelaki itu  berasa haus lalu mencapai minuman yang berada berdekatan dengannya sebelum melihat kandungan minuman itu terlebih dahulu.

Kemudian, tiba-tiba lelaki itu merasakan badannya mula panas dengan cepat mencapai dan melihat “air” botol minuman yang diminumnya itu. Dia terkejut apabila dapati botol minuman itu telah dipenuhi dengan cecair pembersih detergen sebenarnya.

Dalam keadaan panik, rakanya cuba untuk membantunya dan meminta bantuan namun gagal apabila keretapi tidak berhenti kerana keretapi itu akan berhenti mengikut tempat destinasinya berhenti.

Perkara tersebut menyebabkan lelaki itu tidak dapat diselamatkan kerana mengalami keracunan.

Namun begitu, apabila disoal oleh pihak berkuasa tentang pembersihan detergen yang dibawa oleh rakanya itu kerana dia seorang tukang emas dan perlu membersihkannya secara berkala.

Walauagaimanapun, keluarga mangsa beranggapan rakannya itu sengaja membiarkan anaknya meminum minuman itu dan diracuni.

Sumber: Oriental Daily

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)