Siakap Keli

“The Next Level”, Permainan Lompat Tali Gunakan Sekitar Ratusan Tali Tarik Perhatian Dunia

Kalau bercakap tentang permainan lompat tali, golongan kanak-kanak lah yang akan bersorak gembira kerana dapat menghabiskan masa  terluang bersama rakan-rakan. Permainan lompat tali yang sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi bukan sahaja menghiburkan malah dapat menyihatkan tubuh badan.

Sebelum ini, permainan lompat tali terkenal dengan menggunakan satu tali sahaja. Namun, lain pula rakaman ini apabila terdapat cabaran untuk menggunakan tali yang lebih banyak. Sedangkan guna satu tali pun dah susah, bagaimana pula kalau guna tali yang lebih banyak ?

Menerusi satu rakaman video yang menjadi perhatian dunia, sekumpulan besar kanak-kanak sedang bermain permainan tersebut. Bukan hanya gunakan satu tali sahaja, malah ianya dilihat seperti puluhan tali yang dihayunkan supaya pemain dapat melepasinya.

Walaupun terdapat banyak tali digunakan, ianya tidak menghalang bagi pemainnya untuk melepasi tali bagi setiap lompatan. Beberapa percubaan lompatan berjaya dilaksanakan sambil dikira beramai-ramai oleh pemain yang lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Twitter mempamerkan reaksi posiitf terhadap cabaran baru itu di dalam permainan lompat tali.

Sumber: /rlt/ – ON – RULES BARU DI LIKES

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.