Siakap Keli

Wanita Terkejut Lebih $37 Juta ‘Singgah’ Dalam Akaun Bank

Tuah memihak kepada seorang wanita apabila mendapati terdapat sejumlah wang yang banyak di dalam akaun bank miliknya.

Ruth Balloon ketika menyemak akaun bank miliknya terkejut selepas terdapat penambahan amaun sehingga $37 million.

Pada mulanya, dia cuma beranggapan bahawa terdapat orang yang memberikan padanya. Namun, seperti tidak masuk akal dengan amaun yang sangat tinggi.

Ketika itu saya berharap bahawa ada individu yang menghadiahkan saya sehingga $37 million.

Gambar: Daily Mail

Kemudian, wanita berusia 35 tahun itu memaklumkan perkara itu kepada suaminya. Tanpa berlengah masa, suaminya telah menghubungi pihak bank bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

Ketika itu, barulah mereka tahu penambahan amaun di dalam akaun bank Balloon adalah disebabkan oleh kesilapan kerani yang mendepositkan sejumlah amaun ke akaun banknya.

Pihak bank juga meminta maaf kepada mereka dan mengatakan bahawa perlu mendapatkan semula wang berkenaan.

Gambar: ABC13

Ballon menerima permintaan pihak bank dan mengembalikan semula wang yang ‘singgah’ di akaun bank miliknya itu.

Menurutnya, tiada alasan untuknya menyimpan wang berkenaan kerana semua itu bukan miliknya. Pun begitu, besarlah harapannya sekiranya pihak bank memberikan wang penghargaan kepadanya.

Tambah wanita itu sekiranya masih mempunyai wang tersebut, dia cuma memerlukan masa lebih kurang sehari untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan.

Sumber: ABC 13

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra