Siakap Keli
Foto: Kokoci

2 Insan Hebat Ini Mandikan, Cukur Rambut Gelandangan Sampai Jadi Segak Bergaya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berbuat baik tidak perlukan ‘modal’ tetapi ‘saham’ pada hari Akhirat kelak. Tindakan murni seseorang bukan sahaja disukai Tuhan malah dalam kalangan manusia juga suka dengan insan-insan yang baik budi ini.

Kasih sayang kepada manusia sangat tinggi nilainya. Tambah-tambah lagi bila berkongsi kasih sayang tersebut bersama insan yang tidak bernasib baik. Seperti perkongsian daripada Lama Facebook Kokoci ini mengisahkan dua insan berhati mulia menolong untuk membersihkan diri seorang gelandangan.

Tular beberapa foto di media sosial berkenaan dua insan terpilih yang bertungkus-lumus mengubah ‘penampilan’ lelaki gelandangan yang tidak terurus. Lelaki gelandangan tersebut usia dalam lingkungan 50-an itu dipakaikan dengan pakaian yang bersih selepas disental oleh dua insan tersebut.

Seperti dalam gambar yang tertera, mereka memandikan dan menyarungkan dengan pakaian baharu kepada lelaki gelandangan ini agar tampak lebih segak daripada sebelumnya.

Ini adalah gambar sebelum mereka ‘tansform’ lelaki ini. Seperti dua watak yang berbeza jika anda boleh lihat daripada foto yang telah dikongsikan ini. Sangat menakjubkan.

Rata-rata orang ramai memuji dan terharu dengan sifat murni dua insan ini yang sanggup membersihkan orang yang tidak dikenali sehingga nampak bergaya.

Allah tetap membalas jasa baik anda

Kasih sayang semasa manusia

Dikurniakan ganjaran pahala yang melimpah

 

Sumber: Kokoci

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)