Kerjaya sebagai seorang ‘rider’ ini bukan mudah, terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kemalangan, cuaca yang tidak menentu, hujan, panas bagi memuaskan hati pelanggan mereka.
Kita sebagai pelanggan ini jangan pula demand macam-macam, sampaikan pening abang ‘rider’ kita.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang ‘rider’ teruja apabila mendapat pelindung matahari dari seorang pelanggannya.
Tak sangka, dok hantar barang tapi cust bagi sunscreen dekat aku. Aku dari tadi dok google apa benda yang cust aku bagi ni. Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua.
Tak sangka, dok hantar barang tapi cust bagi sunscreen dekat aku. Aku dari tadi dok google apa benda yang cust aku bagi ni 😅 Rupanya lindung kulit daripada matahari, ada juga manusia yang ambil berat pasal kulit aku, rider kan. Kena panas terik semua pic.twitter.com/tdnPSvdzot
— Jalal baharin (@faizal8704) December 16, 2019
Rata-rata netizen terhibur dengan ciapan tersebut dan memberi respon positif.
Pakai bro jangan tak pakai…
Comel jee…
Abang jaga diri elok elok…Kalau tak nak saya nak
Sumber: Twitter Jalal Baharin