Siakap Keli

Anak Luka Ketika Bermain, Doktor Dedah Penjaga Jahit Luka Anak Di Rumah Sampai Terkena Jangkitan Tetanus

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Isu vaksin kini merupakan isu yang sensitif untuk dibahaskan di Malaysia kerana masih terdapat golongan anti vaksin iaitu tidak menerima vaksin di negara ini.

Seorang doktor telah memuat naik satu kisah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak akibat pengabaian vaksin.

Vaksin yang dikenali sebagai vaksin kancing gigi, perlu diambil suntikan bagi mengurangkan risiko untuk mendapat jangkita tetanus.

Jangkitan ini biasanya terjadi apabila terdapat luka kecil yang membabitkan kecederaan atau luka yang dalam. Hal ini kemudiannya membuatkan otot menjadi kejang dan mula melengkung ke belakang.

Kes Tetanus- Mimpi Ngeri Antivaksin

Seorang kanak kanak berusia 6 tahun yang TIDAK PERNAH divaksinkan mengalami kecederaan ringan di dahinya semasa sedang bermain di kebun keluarganya.Luka tersebut di cuci dan dijahit di rumah.

Rahang Menjadi Ketat

6 hari kemudian, mangsa mula mengadu rahangnya menjadi ketat. Otot otot tubuh mula mengejang, belakang tubuh dan tengkuk mula melengkung. Tidak lama kemudian, kanak kanak tersebut mula alami kesukaran untuk bernafas.

Kanak kanak itu dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan mangsa telah dijangkiti dengan kuman Tetanus. Alat bantuan pernafasan telah digunakan dan suntikan Tetanus immune globulin dan vaksin DTaP telah diberikan sebagai usaha untuk merawat mangsa.

Pada saat kritikal ini, ibu bapa mangsa terpaksa bersetuju untuk memberikan vaksin untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

Didalam ICU, mangsa telah ditempatkan disebuah bilik khas yang gelap, telinganya disumbat dan segala bentuk ransangan cuba dikurangkan. Ini adalah kerana, rangsangan yang berlebihan akan menyebabkan tubuh mangsa menjadi kejang dan alami kesakitan akibat otot otot yang mengeras.

Mangsa dirawat di hospital selama 57 hari termasuk 47 hari di ICU dengan kos rawatan yang mencecah 800 ribu USD.

Setelah kanak kanak ini semakin sembuh dengan proses terapi dan rawatan susulan, nasihat dan cadangan telah di berikan kepada ibu bapa mangsa untuk melengkapkan vaksinasi termasuk mengambil dos susulan vaksin tetanus.

Malangnya, ibu bapa mangsa tetap dengan pendirian untuk menolak vaksin. Walau anak telah diambang kematian, ia masih tidak memberikan pengajaran kepada ibu bapa.

Sesungguhnya, anti vaksin tegar begini memang wujud dan sukar untuk ditangani. WHO sendiri telah menyenaraikan antivaksin sebagai antara ancaman utama kesihatan di seluruh dunia.

Hari ini kita boleh lihat, semakin banyak kes penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin ini muncul, semakin rancak antivaksin menyebarkan agenda mereka. Adakah kita masih boleh berdiam diri dan terus melihat “wabak” ciptaan ini terus berleluasa?

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)