Siakap Keli

”Buat Beberapa Kali Dan Hembus Dalam Nasi..” Ramai Tak Tahu Rupanya Ini Rahsia Eratkan Kasih Sayang Keluarga

Beras adalah makanan utama yang kita berikan pada keluarga. Namun, adakah ramai yang tahu bahawa terdapat ‘rahsia’ dalam rutin harian membasuh beras?

Mendapat 10K tanda suka dan 14K perkongsian daripada warganet, ikuti tip paling mudah untuk diamalkan hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.

1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. Bila anda sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:

i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.

ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.

iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.

iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem- Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.

Buatlah puan-puan, InsyaAllah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam.

Sumber : Tasnim via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra