Siakap Keli
Foto: Yusra Soya

Buat Guna Belon, Backdrop Dan Kerusi Je, Gadis Kongsi Buat Pelamin ‘Last Minute’ Untuk Rakan Karib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut saja tentang majlis perkahwinan, terbayang satu majlis ‘sempurna’ bakal dilangsungkan untuk merai kegembiraan pasangan yang baru sahaja bernikah. Sudah pasti setiap pasangan akan jadikan majlis tersebut sebagai kenangan untuk diabadikan sepanjang hayat mereka bergelar suami isteri.

Ada juga pasangan yang suka majlis tersebut secara kesederhanaan. Bagitu juga dengan pasangan pengantin ini yang lebih suka pelamin mereka tidak terlalu ‘padat’ dengan perhiasan.

Seperti perkongsian Yusra di laman Twitternya mengenai pelamin ‘last minute’ mendapat perhatian netizen lebih 8,000 ulang kicau dan 21,000 tanda suka. Ya, siapa menduga perhiasan belon yang banyak digunakan untuk rekaan pelamin boleh menghasilkan satu gambaran yang cantik pada majlis berlangsung.

Semua last minute, mula pukul 6.30 petang baru tiup belon

Pelamin belon ni memang idea pengantin sendiri dari awal sebab dia nak pelamin DIY je. Helium balloon memang kena pam lambat sebab helium gas boleh last 8-12 hours je. Lepastu dia dah tak cantik dah.

Ikut jenis outfit yang sesuai…

Korang nak buat make sure outfit sesuai. Jangan pakai songket tapi deco balloon pulak! Dan pastikan ianya helium gas ok!

Bahkan, korang yang lihat ini boleh jadikan ia sebagai idea untuk pelamin perkahwinan nanti. Paling pasti, ia sangat menjimatkan kos berbanding kos menyewa pelamin yang kadangkala mencecah ribuan ringgit.

Menurut Yusra, walaupun ia adalah satu kerja ‘last minute’ tetapi baginya dia sangat suka dengan perhiasan tersebut.

Tengok lah diorg happy sgt ni. I jealous k! Semoga kawan i sentiasa bahagia. Doakan i jugak tau!

 

Sumber: Yusra

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)