Siakap Keli

Cara Picit Ubat Gigi Jadi Punca Cerai

Kehidupan berumahtangga antara suami dan isteri merupakan satu fasa yang paling mencabar dalam kehidupan seseorang. Bagi mempertahankan perkahwinan yang dibina, setiap pasangan seharusnya perlu sentiasa mempunyai toleransi dan kesabaran yang tinggi.

Pun begitu, rekod perceraian hari ini menunjukkan peningkatan nombor pada setiap tahun dan ianya sangat membimbangkan.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bilangan perceraian orang islam yang direkodkan pada tahun 2017 mencecah  sehingga 39,709 kes.

Laporan tersebut juga menyatakan perceraian paling ramai melibatkan kumpulan umur antara 30 hingga 34 tahun baik lelaki mahupun wanita sepanjung tahun 2017. Kumpulan usia tersebut bukan sahaja merangkumi orang islam sahaja tetapi golongan bukan islam.

Peningkatan rekod perceraian ini hadir bersama dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah dan kadang-kadang tidak terfikir dek akal.

Jika dahulu anda pernah mendengar mengenai alasan suami isteri bercerai adalah disebabkan kentut dan berdengkur, baru-baru ini, seorang hakam menceritakan kembali kisah yang dialami sepanjang beliau terlibat dengan pasangan bercerai.

Ada pasangan yang bercerai kerana ubat gigi. Mungkin dilihat biasa namun ia betul-betul terjadi apabila si suami dikatakan suka picit ubat gigi dari belakang manakala isterinya pula gemar picitnya dari tengah.

Situasi itu membuatkan pasangan berkenaan kerap bergaduh dan bermasam muka sehingga kes tersebut dibawa ke Mahkamah Syariah dan akhirnya bercerai.

Satu lagi alasan yang pelik adalah apabila si suami terlalu pendiam sehingga menyebabkan isteri mula bosan dan mereka membuat keputusan untuk bercerai.

Sumber: Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra