Siakap Keli
Gambar : Facebook

”Jangan Kecam Orang Ramai Angkut Beras, Dah Dapat Kebenaran Tauke Beras” – Netizen

Dipercayai akibat hilang kawalan, sebuah lori yang membawa muatan beras dilaporkan terbabas awal pagi tadi, di persimpangan lampu isyarat KM 2 Jalan Senai – Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu pemandu berserta dua kelindan lelaki hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut sumber, Ketua Polis Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, siasatan awal mendapati lori dari arah Seelong ke Pekan Senai itu cuba mengelak sebuah kereta yang sedang menurunkan penumpang sebelum hilang kawalan.

Akibat insiden itu, lori tersebut telah melanggar pembahagi jalan dan terbalik di tengah laluan ke arah Pekan Senai. Beberapa bungkusan beras pula pecah dan bertaburan di atas jalan.

Susulan itu, ianya telah menarik perhatian orang ramai di kawasan itu untuk datang dan mengambil bungkusan beras tersebut.

Satu rakaman video yang menujukkan gelagat orang ramai turut menjadi tular di Facebook sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Ada yang memberikan pendapat bahawa tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana boleh menyebabkan pemandu ditimpa kesusahan untuk membayar semula ganti rugi beras yang diambil oleh orang awam.

Bagaimanapun, hasil tinjaun di Facebook mendapati terdapat dakwaan bahawa pemilik beras berkenaan telah pun memberi kebenaran kepada orang ramai untuk mengambil beras yang tumpah.

Netizen yang memberikan pelbagai reaksi turut memuji tindakan ‘tauke’ beras yang disifatkan sangat bermurah hati berkongsi rezeki dengan orang ramai.

Namun, kesahihannya tidak dipastikan sehingga kini.

Payah nak dapat tauke macam ni

Dah bagi jangan jual pulak

Rezeki orang ramai

Sumber : Sinar Harian, Facebook

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.