Siakap Keli

Main Lompat Parit Ambil Lajak Nak Lari, Kanak-Kanak Melambung Dirempuh

Umum sudah mengetahui bahawa jalan raya mempunyai risiko kemalangan yang tinggi. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu sentiasa berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku. Jalan raya bukanlah tempat yang sesuai digunakan untuk bermain terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, satu rakaman memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berlari-lari pada jalan yang mana kereta dipandu dengan laju.

Pada permulaan rakaman tersebut, seorang kanak-kanak hampir dirempuh oleh sebuah kereta yang dipandu agak laju. Namun, mujurlah kanak-kanak itu tidak terus berlari ke tengah jalan dan berisiko dirempuh.

Tidak serik dengan insiden yang hampir meragut rakan mereka, kanak-kanak itu terus bermain di kawasan jalan raya tersebut sehingga berlaku satu rempuhan. Seorang kanak-kanak yang baru sahaja naik ke jalan dirempuh dengan kuat oleh sebuah kereta yang dipandu laju. Akibatnya, kanak-kanak itu terpelanting tinggi dan terjatuh semula di atas jalan raya tersebut.

Sejurus kanak-kanak itu dirempuh, dia telah diangkat oleh rakan-rakannya di tepi jalan. Keadaan kanak-kanak itu kelihatannya seperti berada dalam keadaan kritikal walaupun tidak menampakkan sebarang luka luaran.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa