Siakap Keli
Gambar: bjpenn

Pesanan Keramat Khabib, Minta Ronaldo Bersara Sebelum Terlambat

Siapa yang tidak mengenali Cristiano Ronaldo, bintang bola sepak Portugal dan Juventus? Kelincahannya di atas padang telah menarik perhatian ramai. Begitu juga bagi rakan baiknya, Khabib Nurmagomedov. Sebagai rakan baik, Khabib pernah memberikan pesanan keramat terhadap Ronaldo mengenai kerjayanya.

Gambar: MMA Mania

Ronaldo dan Khabib adalah sahabat baik

Keakraban Cristiano Ronaldo dengan juara UFC itu sememangnya telah terjalin sejak dahulu lagi. Tambahan pula, pada tahun lepas Khabib dan Ronaldo serta anaknya pernah bertemu ketika sidang media di Rusia untuk mempromosikan MMA bagi Global Fighthing Championship.

Detik-detik pertemuan kedua-dua bintang dalam arena masing-masing itu telah dirakam dan Khabib sendiri telah berkongsikannya di laman Instagram.

Video ini kembali tular setelah beberapa warganet kembali menurunkan komen terhadap perkongsian tersebut. Keakraban mereka juga jelas terpancar menerusi rakaman itu. Tidak terlepas, Khabib juga pernah memberikan pesanan keramat kepada Ronaldo mengenai kariernya.

Ketika acara media itu berlangsung, Khabib Nurmagomedov telah disoal mengenai pandangannya terhadap Cristiano Ronaldo yang masih lagi mahu melanjutkan karier profesionalnya sekarang.

Pesanan Keramat Khabib kepada Ronaldo

Menurut Khabib, adalah lebih baik untuk Ronaldo bersara ketika berada di tahap yang tertinggi seperti yang dikecapinya sekarang. Khabib juga sedar bahawa bukan mudah untuk menamatkan perkara yang sangat dicintai.

“Ya semua orang tahu, ia agak suka untuk meninggalkan sesuatu yang kita lakukan dalam seumur hidup. Tapi, tidak kira sama ada kamu mahu bersara atau tidak, masanya akan tiba. Jika kamu tidak meninggalkan sukan, maka sukan yang akan meninggalkan kamu.

Gambar: Newsweek

Jika kamu tidak meninggalkannya pada masa yang tepat, kamu akan berada di belakang di mana sudah terdapat juara baru, yang lebih muda, lebih dahaga dan lebih bermotivasi. Ketika itu, kamu tidak akan memiliki motivasi yang sama seperti ketika kamu memulakan karier.

Tambah Khabib, perkara yang terdapat di dunia ini tidak kekal selamanya dan adalah lebih baik untuk meninggalkannya pada waktu yang tepat. Pada usia yang mendatang, Ronaldo tidak dapat memberikan persembahan yang sama seperti sekarang.

Nasihat saya kepadanya dan juga diri sendiri, adalah untuk ‘bersara’ tepat pada masanya.

Pesanan keramat yang diberikan oleh Khabib terhadap Cristiano Ronaldo sememangnya boleh dijadikan input yang berguna pada diri kita semua.

Sumber: Weeklyn.com

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra