Siakap Keli

Puluhan Orang Awam Terjejas, Lelaki 19 Tahun Ditahan Sebabkan Tumpahan Merkuri

Seorang remaja lelaki ditahan kerana terlibat dengan kejadian tumpahan merkuri di Houston sehingga menyebabkan seorang orang awam dikejarkan ke  hospital.

Lelaki 19 tahun itu berhadapan dengan tuduhan mencuri, pelupusan bahan berbahaya yang melanggar undang-undang dan waran pemilikan dadah felon yang luar biasa.

Ketua Bomba Houstan, Sam Pena, berkata bahawa ada individu yang menghubungi  pihaknya pada pukul 11.15 pagi, ahad lalu.

Kurang daripada satu liter merkuri telah tertumpah di luar Walmart , Sonic Drive- In dan juga di stesyen minyak.

Para penyiasat sedang mencari individu yang mendaftar di hopistal Houston yang mendakwa bahawa telah terkena merkuri.

Antara 30 hingga 60 orang di lokasi telah ‘dimandikan’ dan seorang wanita mengandung dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Pena juga berkata bahaya akibat dari tumpahan itu ‘berisiko rendah’ kerana merkuri ditumpahkan di atas tanah, mengeluarkan wap dan akan berbahaya jika ditelan atau disedut.

Namun perlu diingatkan bahawa pendedahan kepada merkuri yang tinggi akan memberi kesan kepada otak, jantung, buah pinggang, jantung, dan sistem imun.

Sumber: NBC News

Sofea

Iqra'.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.