Sudah genap setahun pemergian wira negara Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, segala kenangan bersama arwah masih segar dalam ingatan dan tidak akan pernah dapat dilupakan.
“Terasa sunyi bila tiada Muhammad Adib, dan apabila disebut atau ditanya mengenainya, rasa rindu itu tiba-tiba akan hadir.”
Itulah luahan sepupu kepada anggota bomba Allayarham Muhammad Adib, Mohd Hakim Mohd Helmi, 17, memandangkan dia antara individu yang paling rapat dengan arwah. Terutama sekali jika arwah berada di kampung.
Menurutnya, sikap arwah yang rapat dengan ahli keluarga sememangnya melahirkan rasa kosong dan sunyi selepas ketiadaan arwah.
“Kita jadi sunyi bila dia tak ada, pergi mana-mana mana pun, kalau tempat tu dia biasa pergi.
“Dia selalu ronda dalam kampung ni. Lepas tu kalau pergi Pulau Bunting atau mana-mana pun dia selalu ikut sekali. Naik motor atau kereta pergi air terjun.
Ada (rasa rindu) bila cerita tentang dia. Meremang bulu roma, rasa rindu,” ujarnya.
Adib juga tutut suka tolong ayahnya di sawah. Sepupu dia juga ada yang pergi ke laut untuk menangkap ikan dan arwah lah yang akan tolong untuk basuh perahu.
Sumber : Awani