Siakap Keli

“Tiga Benda Yang Sangat Penting, Saya Selalu Nak Tahu Apa Maksud Ni” – Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Beberapa bulan yang lalu, Malaysia kecoh berhubung penggunaan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Melayu di semua sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Kenyataan itu bagaimana pun telah mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pihak terutama para ibu bapa.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Leeroy Ting telah memuat naik satu kiriman berkaitan tulisan jawi di dalam tiga muka surat buku teks dan mendapat reaksi bercampur-baur daripada orang ramai.

Jadi inilah tiga muka surat tulisan jawi yang menjadi isu perbalahan ramai.

Ini merupakan satu usaha untuk mengajar kita mengenai perkataan jawi pada Jata Negara, wang ringgit dan juga stem.

Tiga benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Saya rasa ini suatu yang sangat bagus. Saya sememangnya ingin tahu apakah maksud-maksudnya.                                                 

Ciapan ini membuktikan bahawa kita tidak seharusnya melihat sesuatu perkara dari luaran sahaja tanpa berusaha untuk melakukan usul periksa.

Rata-rata netizen juga menyatakan pandangan mereka terhadap perkara ini dan berdoa agar Malaysia terus aman dari sebarang perkara yang boleh merosakkan keharmonian.

Sumber: Leeroy Ting

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra