Siakap Keli

Tragis, Gadis Hamil Ditekup Dengan Bantal ‘Hello Kitty’ Sampai Mati Oleh Kekasih

Seorang gadis yang juga pelajar universiti semester ketujuh meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh kekasihnya. Kejadian yang berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia itu disedari oleh teman sebiliknya.

Menurut teman sebilik yang juga sepupu mangsa, tubuh mangsa ditemui dengan keadaan berlumuran darah dan bahagian mukanya ditutup dengan bantal. Ekoran penemuan mayat tersebut, pihak polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai teman lelaki kepada mangsa.

Teman lelaki mangsa juga dikatakan turut merupakan pelajar di kampus yang sama. Hasil penangkapan suspek, motif kematian gadis berkenaan terbongkar satu demi satu.

Gambar Sekadar Hiasan

Menurut laporan media tempatan, motif pembunuhan itu adalah kerana pertengkaran antara pasangan kekasih itu. Pada mulanya, mangsa dikatakan telah memaklumkan kepada teman lelakinya bahawa dirinya sedang hamil. Disebabkan kehamilan itu, mangsa menggesa agar teman lelakinya untuk memaklumkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Ekoran permintaannya tidak dilayan, mangsa telah menghubungi ibu bapa teman lelakinya untuk memaklumkan kehamilannya. Berang dengan tindakan tersebut, suspek dan mangsa telah bertengkar serta mengugut untuk bunuh.

Suspek dikatakan berkemungkinan telah menekup muka mangsa sekitar 15 minit. Dilaporkan, suspek telah menggunakan bantal Hello Kitty dalam cubaan bunuh namun tidak berjaya. Tidak cukup setakat itu, suspek juga telah mengambil pisau dan mengelar leher teman wanitanya.

Sumber: Sosok.id

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.