Siakap Keli

(Video) “Kesiannya Sampai Jatuh,” Rakaman Kejadian Ragut, Mangsa Jatuh Terlentang

Kegiatan jenayah sering berlaku di sekeliling kita boleh dikatakan pada setiap hari. Bukan sahaja menyebabkan kerugian, kegiatan jenayah juga boleh menyebabkan kecederaan malah turut boleh menyebabkan kematian.

Menerusi satu perkongsian video di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS, satu kegiatan ragut menggunakan motosikal berjaya dirakamkan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna hitam.

Kes Ragut

Rakaman CCTV kes ragut/samun berlaku pada pagi 15-Dec-2019 lepas di Brickfields,KL. Suspek menunggang motosikal Yamaha 135LC berwarna hitam no pendaftaran tidak pasti. Jika anda mempunyai sebarang maklumat,sila hubungi Balai Polis berhampiran. Harap maklum..#IRJP#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, 16 December 2019

Menerusi video berkenaan, suspek pada mulanya berlegar-legar di kawasan tersebut sebelum meragut seorang wanita. Ketika wanita itu sedang melintas pintu masuk sebuah bangunan, suspek telah bersiap sedia untuk melakukan kegiatan jenayahnya.

Sebaik sahaja suspek meragut rantai wanita tersebut, dia terus memecut laju motosikalnya meninggalkan wanita berkenaan. Wanita yang terjatuh dibantu oleh seorang lelaki yang turut berada di tempat kejadian.

“Semoga Allah membalas segala kejahatan awak kat dunia setimpal dengan apa yang telah dibuat”

“Kesian auntie tu dah la tua, jalan pun slow.. kau pulak ragut rantai leher dia.. pastu terjatuh tersembam macam tu..kalau dia mati macam mana?”

“Sebab tu sekarang ada moto ke kereta ke ingatalah semua orang jahat”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.