Siakap Keli

“Baik Kau Mati,” Tular Video Dakwa Wanita Pukul Suami Hidap Strok Guna Tongkat

Baru-baru ini tular di media sosial satu video yang menunjukkan seorang wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki di dalam video tersebut didakwa memukul suaminya yang menghidap strok dan alzheimer dengan menggunakan tongkat.

Menurut Ketua Polis Daerah Penjaringan, Jakarta Utara, Imam Rifai, dia telah mengesahkan kejadian itu dan pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian.

“Ya, memang kami mendapat laporan dari orang awam dan sudah membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian pada hari itu. Tetapi video itu baru viral sekarang,” katanya pada Selasa 17 Disember 2019.

Selain itu, dikatakan kejadian itu berlaku pada 11 Disember di kediaman mangsa.

Beberapa anggota polis telah dikerahkan untuk ke lokasi kejadian selepas menerima aduan dari orang awam.

Suspek berusia 35 tahun ditahan polis manakala mangsa, 64, dibawa pulang ke rumah keluarganya. Kes itu masih dalam siasatan dan pihak polis belum mengetahui punca atau motif sebenar kejadian.

Sumber : Twitter

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.