Siakap Keli
Gambar : Twitter

Iklan ‘Sugar Daddy’ Terbuka Di Ibu Kota Dikecam, Tak Dapat Kelulusan Dan Ditarik Balik

Tular di media sosial, iklan dikatakan berunsur lucah yang dipasang secara terbuka di papan tanda besar sekaligus mengundang rasa kurang senang netizen.

Iklan yang merupakan aplikasi mencari pasangan di alam maya itu dikatakan dipasang di kawasan Bangsar dan Sri Hartamas.

Tampil memberi kenyataan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, dalam satu hantaran di Twitter menyatakan bahawa iklan tersebut telah pun diturunkan.

Malah siasatan juga akan dijalankan kerana iklan tersebut sebenranya tidak mempunyai kelulusan.

DBKL dalam satu kenyataan media turut menyatakan bahawa kandungan iklan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak mereka yang secara terangan menyentuh sensitiviti dan norma masyarakat negara ini.

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.