Siakap Keli

Isteri Tidak Duga Banjir Gelombang Kedua Ragut Nyawa Suami

TANAH MERAH, 18 Dis – Isteri mangsa lemas di Kampung Renak, Bukit Bunga, Tanah Merah Shaimee Ismail, 52, tidak menduga kejadian banjir gelombang kedua di Kelantan telah meragut nyawa  suaminya pagi tadi.

Isteri mangsa, Simoh Mejoh, 53, berkata walaupun beliau bersama ahli kelurganya sempat berpindah ke dewan masjid di kampung berkenaan namun terpaksa reda banjir kali ini telah menyebabkan mereka kehilangan insan tersayang.

“Allahyarham suami saya  lemas akibat dibawa arus deras ketika mahu pulang ke rumah untuk menutup suis elektrik di rumah kami.

“Suami saya dikatakan pergi meredah banjir bersama rakannya, rakannya turut dibawa arus deras, namun dapat selamatkan diri dan arwah suami saya hanya hanya mampu melambaikan tangan untuk mendapat pertolongan sebelum tenggelam,” katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Mayat Hospital Tanah Merah di sini.

Shaimee dilaporkan menjadi mangsa pertama lemas pada gelombang kedua banjir di Kelantan dalam kejadian 9 pagi itu.

Simoh berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa suaminya  itu melalui  jirannya yang mengatakan suaminya telah dihanyutkan arus deras.

“Ketika itu saya berada di kedai  untuk membeli barang keperluan, jiran datang memberitahu suami saya telah hanyut dibawa air,” katanya.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.