Tindakan seorang wanita dari Colorado Springs, Amerika Syarikat yang meletakakn bungkusan dengan sampah dan najis sebagai tanda membalas dendam kepada pencuri yang sering mencuri bungkusan dari luar rumahnya.
Wanita itu dikatakan telah mengalami kerugian hampir 20 bungkusan sebelum ini gara-gara dicuri oleh pencuri.
Disebabkan itu, dia bertindak untuk membalas dendam dengan meletakkan sampah sarap termasuk najis kucing kedalam bungkusan yang diletakkan diluar rumahnya.
“Kami mempunyai banyak sampah di sekitar rumah dan saya juga mempunyai banyak kotak kosong, mari kita lihat sekiranya ada yang berminat mengambilnya”, katanya.
Sudah tiga kali dia menggunakan helah tersebut dan tidak dapat dibayangkan perasaan pencui yang mencuri sampah sarap serta najis kucing itu.
Tindakannya itu hanya untuk memberi balasan kepada pencuri yang sering mencuri bungkusan dirumahnya.
Sumber: wgntv