Seringkali jika dilihat, terdapat murid-murid yang pergi ke sekolah dalam keadaan tidak beberapa kemas.
Faktor bangun awal pagi mungkin membuatkan mereka, kanak-kanak tidak mempedulikan tentang penampilan sebelum menuju ke sekolah.
Seorang guru telah memuat naik satu kiriman di laman Facebook miliknya bagaimana dia dan kawan-kawannya membuka kiosk tatarias di sekolah mereka.
Walaubagaimanapun, inisiatif guru-guru di sebuah sekolah yang mewujudkan kiosk tatarias telah mendapat pujian ramai warganet.
Tujuan kiosk ini diwujudkan adalah untuk mencantikkan serta mengemaskan murid-murid sekolah itu. Murid-murid akan kelihatan sedap mata memandang dan tiada lagi bau yang kurang menyenangkan.
Pihak sekolah juga turut menyediakan tabung jika ada murid-murid yang sudi menyumbang untuk menambah stok barangan.
Menurut guru-guru disitu, hari pertama kiosk dibuka habis licin minyak rambut. Terdapat juga murid yang minta sediakan gincu.
Perkara yang dilakukan oleh guru-guru di sekolah ini telah mendapat perhatian serta menjadi inspirasi kepada guru-guru di sekolah lain.
Sumber : Facebook