Susulan daripada perkongsiannya di laman Twitter milik bintang Liga Perdana Inggeris, Mesut Ozil berkaitan penindasan yang dilalui oleh etnik Uighur kini mendapat tentangan hebat daripada kerajaan China.
Terkini, pemain sensasi Arsenal itu telah dikeluarkan dari permainan video Pro Evolution Soccer (PES) China.
Laporan daripada hak asasi manusia yang mendakwa bahawa kira-kira 1 juta orang etnik Uighur dikurung dalam sebuah kem di Xinjiang.
Arsenal star Mesut Ozil removed from Pro Evolution Soccer in China
✍ @JackRosser_https://t.co/UApEaiuOUn
— Standard Sport (@standardsport) December 18, 2019
Pro Evolution Soccer di China didakwa bahawa mereka telah mengeluarkan Ozil daripada ketiga-tiga pertandingan dalam permainan video untuk negara tersebut.
Kerajaan China mendakwa Ozil sebagai “ditutup oleh berita palsu” sementara pihak Arsenal bertindak dengan cepat dan mengatakan kelab tersebut tidak masuk campur dengan pendirian yang dibuat oleh Ozil.
Namun, Liga Perdana Inggeris mempunyai kepentingan kewangan yang besar di China yang bernilai 564 juta dolar. Bahkan mereka mempunyai pelabur yang berpusat di negara tersebut.
Sumber: Standard.co.uk