Siakap Keli

(Video) Bekas Bintang Man City, Yaya Toure Tak Setuju Komen Ozil Bela Uighur Dizalimi

Pemain bintang Arsenal Mesut Ozil tidak sepatutnya menyuarakan tentang penindasan etnik Uighur yang berlaku di China, kata bekas pemain Barcelona dan Manchester City, Yaya Toure pada Selasa.

Susulan daripada kritikan yang dinyatakan oleh Ozil itu, China telah membatalkan penyiaran perlawanan bola sepak yang membabitkan pasukan Arsenal pada Ahad lepas.

Kerajaan China turut mendakwa bahawa Ozil tidak mendapat maklumat yang betul sebelum sebelum membantah penahanan besar-besaran dan penutupan masjid di wilayah barat laut China itu.

“Pemain bola harus tumpukan sahaja pada bola sepak dan ahli politik untuk politik, ini kerana anda tidak boleh terlibat dengan perkara sebegini kerana ianya akan menjurus kepada masalah yang lebih besar kelak,” kata Yaya Toure dalam satu temu ramah.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, ianya adalah perkara yang rumit dan saya tahu bahawa perkara itu adalah pilihannya sendiri. Saya tidak bersetuju dengan tindakan mengkritik yang dibuatnya itu,” tambahnya lagi.

Bekas pemain kebangsaan Ivory Coast itu baru sahaja melengkapkan kontrak 5 bulannya bermain dengan kelab divisyen 2 China, Qingdao Huanghai. Kritikan Toure berkenaan dengan Ozil itu turut mencerminkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Arsenal yang menyatakan bahawa yang kelab itu ”berpegang pada prinsip tidak mahu terlibat dalam politik.”

Sumber: Sports Illustrated

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.