Mungkin panik kerana melakukan kesalahan, gelagat tiga sekawan yang cuba merompak sebuah televisyen di dalam kedai, menarik perhatian ramai warganet sehingga meraih hampir 500 juta tontonan, dalam tempoh sehari dimuat naik.
Menerusi video berkenaan, seorang lelaki pada mulanya dilihat bergelut untuk menanggalkan televisyen yang dipasang di dinding sebelum dibantu oleh dua orang rakannya.
Namun, apa yang menghiburkan hati ramai apabila ketiga-tiga mereka dilihat seperti tidak ‘bersedia’ dengan tidak sengaja merempuh pintu dan jatuh berkali-kali dalam usaha melarikan televisyen tersebut.
Langgar pintu lepas tu jatuh
wtf😂😂😂😂 pic.twitter.com/lZRIdnpfT7
— You Fecking IDIOTS (@CraziestIdiots) December 17, 2019
Rata-rata netizen turut menggelarkan tiga perompak itu sebagai ‘3 Idiots’ kerana bukan dilihat seperti merompak tetapi sedang melakukan penggambaran filem komedi.
Apa pula pendapat anda?
Rompakan paling teruk
Kawan dengan orang bodoh, dengan kita jadi bodoh
Sumber : @CraziestIdiots