Siakap Keli

(Video) Gambarnya Ditweet Gergasi Bundesliga Fc Schalke 04, Gadis Malaysia Curi Tumpuan Dunia

Ramai diantara kita yang pastinya meminati sukan bola sepak sehinggakan pernah bercita-cita untuk menjadikan bola sepak sebagai satu karier semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Setiap peminat bola sepak pastinya mempunyai satu kelab yang diminati dan disokongnya. Ada juga diantara kita yang terlalu obses dengan kelab yang diminati sehinggakan sanggup mengeluarkan duit untuk ‘travel’ ke stadium pasukan yang kita minat itu untuk merasai sendiri pengalaman menonton pasukan yang kita minat itu bermain secara langsung.

Ianya akan menjadi lebih manis untuk kita sekiranya dapat bergambar dengan para pemain dalam pasukan yang kita minati itu.

Namun begitu, lain pula ceritanya untuk gadis ini apabila pasukan bola sepak itu sendiri yang mengambil gambarnya ketika dia berkunjung ke satu perlawanan bola sepak di Jerman.

Gambar tersebut kemudiannya dimuat naik sendiri oleh akaun Twitter rasmi salah satu kelab gergasi bola sepak Jerman iaitu FC Shalke 04 dan menjadi tular di media sosial.

Tweet tersebut juga telah menarik perhatian netizen-netizan Malaysia di media sosial Twitter. Antara Tweet yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

Untuk yang tidak mengetahui, gadis ini sebenarnya adalah seorang ‘freestyler’ dan juga seorang Youtuber. Walaupun sukan ini di monopoli oleh kaum lelaki, namun ianya tidak menghalang gadis ini untuk meminati serta mengasah bakatnya dalam arena ‘freestyler’ ini.

Minatnya yang mendalam terhadap sukan bola sepak ini tidak perlu disangkal lagi. Ini kerana perkongsian yang dimuat naikseperti yang terdapat pada akaun media sosial beliau secara keseluruhannya melibatkan video-video aksi freestyle beliau.

Beliau juga pernah diberi peluang untuk mencabar bekas pemain lagenda Bundesliga Kalle Riedle serta pemain pasukan Schalke 04 iaitu Weston McKennie untuk melakukan aksi ‘freestyle’ serta mengajarnya di Youtube channel  dan Instagram beliau.

 

 

Sumber: FC Schalke 04, Qhouirunnisa Syasya

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.