Siakap Keli
Foto: Twitter Shariz Efendi

(Video) “Kerja Kejar Orang Pertama,” Shariz Efendi Kongsi Pengalaman Kegemilangan Sukan SEA 2017

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sukan SEA 2019 sudah melabuh tirai pada 11 Disember lalu di Filipina sebagai tuan rumah untuk kali ini. Walaupun Malaysia gagal meraih pingat emas yang disasarkan. Namun sebagai rakyat Malaysia, kami berbangga dengan atlet yang bertungkus lumus menempah nama di Sukan SEA.

Seorang atlet sukan SEA, Shariz Efendi merupakan atlet Keirin Bike seiring bersama Azizul Awang mewakili Malaysia pada tahun 2017 lepas.

Pada tahun 2017 lalu, Malaysia merupakan juara keseluruhan dengan menuai 145 pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ketika itu.

Bahkan, beliau juga memuatnaik gambar-gambar kemenangan di saat itu untuk negara tercinta. Sudah semestinya Azizul Awang sebagai juara dan Shazriz Efendi sebagai naib juara ketika itu. Di saat itu juga, Malaysia merangkul banyak pingat emas.

Masa ni abang bangga dapat kibarkan bendera Malaysia

Kenangan yang tak dapat dilupakan, ini hanya sekadar perkongsian

Ini lah dia penyokong kuat abang semasa abang berlatih, berlumba sampai lah abang dapat jejak kaki di atas podium, mama ayah adik-adik dan kawan-kawan, bukan ni je kawan abang yang selalu support cuma masa ni diorang ada hal yang tak dapat nak elak sebab tu tak datang. 

 

Sumber: Shariz Efendi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)